Program Usahawan Hijau atau lebih dikenali dengan singkatan PUSH adalah usaha FatHopes Energy mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan bagi semua lapisan masyarakat dalam membentuk ekonomi hijau.
“Program Usahawan Hijau” atau singkatan PUSH adalah program yang dirancang bagi mewujudkan peluang pekerjaan sebagai usahawan dalam ekonomi hijau. Usahawan Hijau kami akan meraih pendapatan yang sama tanpa mengira kaum, latarbelakang dan kemahiran/kepakaran.
Sebagai Usahawan Hijau di bawah program PUSH, mereka adalah dilantik secara rasmi untuk mengumpulkan dan menjual minyak masak terpakai kepada FatHopes Energy. Semua minyak masak terpakai yang terkumpul akan dikitar semula menjadi biodiesel.
Setiap peserta akan diberi sesi latihan lengkap, latihan praktikal di tempat kerja dan bimbingan untuk menjadi Usahawan Hijau.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi jawatankuasa program PUSH kami di +6012 921 7315 atau +6012966 7315 atau anda boleh mengisi borang permohonan dengan klik pautan di atas.
Dengan menyertai PUSH, anda berpeluang meraih pendapatan minimum sebanyak RM2.500 sebulan. Selain itu, anda juga berpeluang mempelajari selok belok perniagaan kitar semula minyak masak terpakai. Kami di FatHopes Energy akan melatih dan memberi bantuan kewangan untuk menjadi PUSH (kenderaan persendirian)
Membeli minyak masak terpakai daripada peniaga-peniaga atau isi rumah dan menjualkan minyak masak terpakai tersebut kepada FatHopes Energy.
FatHopes Energy akan membeli dengan harga yang telah dipersetujui mengikut kontrak. Setiap penjual dan hasil jumlah kutipan minyak masak terpakai akan direkodkan. Setiap ahli PUSH boleh melihat prestasi hasil kutipan setiap bulan.